
Article from Seismik

Read the FULL ARTICLE HERE.
Treatment yang kami pilih ialah Body Scrub, Milk Bath with Rose Petal dan Aromatherapy Massage. Semuanya mengambil masa dalam tiga jam, iaitu satu jam setiap treatment.
Pada awal kami sampai, kami dilayan dengan baik oleh staf di sana. Semuanya sangat friendly dan welcoming! Sampai saja, kami diberikan selipar yang selesa untuk menjaga kebersihan di sekitar spa.
Interior di spa ini berkonsepkan moden dan industrial chic style. Bauan essential oil yang wangi dan muzik yang sangat lembut ini membuatkan kami rasa sangat tenang.

Sebelum memulakan treatment, kami duduk di bahagian bersihkan kaki. Proses ini akan membersihkan kaki dan tapak anda supaya ia bersih dan selesa.
Tiba masanya untuk relakskan badan dan minda...
Bilik ‘The Spa’ merupakan bilik yang disediakan untuk bestie atau couple di luar sana. Apa yang bestnya dalam bilik ini adalah terdapat dua bath tub dan shower room. Bolehlah enjoy sekali dengan yang tersayang!

Treatment pertama dimulakan dengan body scrub. Banyak tau sebenarnya kelebihan scrub badan ni, salah satunya buang sel kulit mati dan daki-daki di badan. Tak perlu buat hari-hari, dua bulan sekali pun cukup.
Honest review daripada kami, bahan scrub badan yang digunakan sangat lembut dan organik. Selalunya ada orang mempunyai alergi atau kulit sensitif memang tak sesuai buat body scrub, tapi bahan mereka memang sangat selamat. Yang ada kulit eczema jangan risau, kami dah try!
Yang penting, mereka scrub seluruh badan dengan sangat rata. Tak ada part yang tinggal. Kulit memang rasa macam bayi baru lahir. Tak tipu 🙂

Nampak macam best sampai anda rasa nak terjun je, tapi air dalam bath tub sedikit panas. Kalau ada yang tak tahan panas, boleh beritahu staf untuk turunkan suhu air. Selepas puas berendam, anda boleh pergi shower room untuk bersihkan diri.
Bolehlah anda mandi bersih-bersih siap syampu rambut. Yang bestnya, mereka sediakan syampu dan sabun badan yang sangat wangi dan dermatologist tested bahannya.

The piping hot milk bath topped with rose petals will melt away every problem you have.
Untuk treatment yang terakhir ialah urutan aromaterapi seluruh badan selama sejam. Urutan yang sederhana, tak sakit dan tak adalah tak rasa. Memang just nice! Dengan aroma minyak yang wangi, memang buat badan rasa ringan dan lega. Hilang semua sakit-sakit!

Last sekali, anda akan dihidangkan teh halia panas sebelum pulang. Sedap dan rasa nyaman di perut!
Lokasi:
Urban Retreat Spa, The Curve
Lot 157B (Level 1), The Curve Shopping Mall.
Masa: 11.00am – 9.00pm (Daily)
Fon: +6012 – 2217 213