
Article from OHBULAN!
Urban Retreat Spa masa kini semakin popular dalam kalangan pencinta rawatan spa di Malaysia. Di mana, Urban Retreat Spa pernah diiktiraf oleh World Luxury Spa Award, World Spa Award dan Harper’s Bazaar Spa Award untuk beberapa servis mereka. Betul layak dapat anugerah itu, sebab servis di sana memang terasa mewah, walaupun kita buat rawatan harian saja.
Penulis sendiri melaluinya, di mana telah pergi spa ini pada Selasa lalu kerana masalah rambut gugur dan tubuh pun sakit-sakit sebab lama menghadap laptop. Jadi, penulis bersama rakan ambil dua servis di Urban Retreat Spa dan ini pengalaman kami.
REVIEW PENULIS RAWATAN DI URBAN RETREAT SPA
1. Hair Cream Bath + Body Massage selama 2 jam
Jujur cakap, ini rawatan paling penulis teruja nak cuba sebab memang suka hair treatment ala Thai. Rawatan cream bath di sini fokus untuk bagi nutrien semula pada rambut rosak, sambil ‘manjakan’ kulit kepala.
Berdasarkan pengalaman penulis, krim rawatannya sangat wangi. Bukan sekadar wangi biasa tapi wangi aromaterapi premium yang menenangkan. Terapis akan urut lembut kulit kepala masa krim disapu, rasanya sangat melegakan seperti hilang ‘batu’ di kepala penulis.
Lepas proses perapan dan basuhan, rambut penulis jadi sangat lembut, ringan, tak terasa berat dan tidak ada rasa gatal walaupun setiap hari bertudung. Sedangkan sebelum ini, setiap dua hari penulis selalu alami kegatalan rambut.
Selain itu, kelebihan yang penulis perasan ialah rambut jadi lebih lembap dan lembut, bantu kuatkan rambut rapuh, kulit kepala rasa lebih sihat dan segar. Malah, ada produk aromaterapi import berkualiti (sebahagiannya diambil dari Itali).
Paling mengejutkan, ketika artikel ini ditulis, rambut penulis yang telah menggunakan mask rambut aroma betik masih berbau wangi!
Jadi, pembaca Sirap Limau disarankan untuk datang ke Urban Retreat Spa dan rasai sendiri rawatan Hair Cream Bath ini, terutamanya jika anda mempunyai masalah seperti di bawah:
- Rambut kering, mengembang atau kusam
- Ada masalah rambut cepat putus
- Kulit kepala sensitif, kering, atau berkelemumur
- Penat mental dan perlukan relaksasi segera
Masa urutan badan pula, penulis langsung tak rasa kekok atau risau kerana terapis menggunakan selimut yang tebal dan menutup keseluruhan badan. Malah, diberi lapik dan tambah selimut lagi semasa proses rawatan dijalankan.
Dari segi khidmat pula, ahli terapi memang tip-top. Sepanjang sesi, beliau bertanyakan kekuatan tekanan urutan yang penulis selesa, semuanya demi memastikan pelanggan rasa selamat dan tidak terkejut dengan tekanan yang diberi.
2. Head, Neck, Shoulder & Foot Massage selama 90 minit
Rakan penulis pula melakukan rawatan urutan kepala, leher, bahu dan tapak kaki. Hal ini kerana, sakit badan paling terasa dekat bahagian tersebut disebabkan rutin yang sering menulis dalam keadaan duduk dan memakai kasut tumit tinggi.
Sebelum mula, ada ritual ‘foot wash’ dulu. Terapis cuci dan bilas kaki dengan air suam sambil urut ringkas sebagai pembuka rawatan yang menenangkan.
Urutannya fokus pada titik-titik tegang. Masa bahu diurut, rakan penulis rasa macam “Hmm, banyak rupanya stres yang kita simpan dekat sini.”
Selepas habis mengurut, bahu, leher dan kaki yang selalu tegang sebab duduk menulis lama jadi hilang lenguh, kepala pun rasa lebih lapang dan seluruh badan rasa macam hilang semua tension kerja yang bertindan dalam kepala.
Bagusnya di sini, semuanya dilakukan dalam bilik urut privasi khas untuk muslimah, jadi isu aurat atau rasa kurang selesa memang langsung tak timbul.
Bila keluar dari bilik rawatan, rakan penulis rasa macam bakal pengantin yang sedang dimanjakan sebelum kahwin, cuma versi yang penat menaip dan penat duduk lama tapi gembira sebab jumpa rawatan yang betul-betul kena dengan badan sendiri.
Jadi, jika pembaca bekerja di desk-job atau selalu lenguh badan, ini memang review-approved!
Lokasi:
Urban Retreat Spa, KL East Mall
Unit 30, Level G2, 823, Jalan Lingkaran Tengah 2, KL Timur, 53100 Kuala Lumpur
Opening hours:
11am – 10pm (Daily)
Read Article at https://siraplimau.com/urban-retreat-spa/
Participating Outlets
- Level G2-30, 823 Jln Lingkaran Tengah 2, KL Timur, 53100 Kuala Lumpur
+60123488139